SERVIS / LANDING PAGE

Satu halaman.
Satu tujuan yang jelas.

Orang klik iklan sebab tertarik dengan tawaran. Landing page bantu mereka faham servis, semak maklumat dan terus tanya di WhatsApp.

APA ITU LANDING PAGE?

Semua maklumat penting.
Dalam satu aliran.

Landing page ialah halaman khusus untuk satu servis, tawaran atau kempen. Pelawat tak perlu buka banyak menu untuk tahu apa yang anda buat, apa yang mereka dapat dan cara untuk hubungi anda.

Ia sesuai untuk bisnes yang mahu terangkan satu tawaran dengan kemas — sama ada trafik datang daripada Meta Ads, Google Ads, carian Google atau pautan di profil media sosial.

Lihat contoh susunan halaman

BILA LANDING PAGE MASUK AKAL

Ikut tujuan bisnes.
Bukan ikut trend.

  1. 01

    Satu servis utama

    Contohnya servis cuci rumah, coating kereta atau kerja ubah suai. Terangkan skop, kawasan liputan dan cara dapatkan sebut harga.

  2. 02

    Tawaran daripada iklan

    Bawa pelawat terus kepada tawaran yang mereka klik. Susun pakej, syarat dan CTA supaya mesej iklan bersambung dengan halaman.

  3. 03

    Pelancaran atau kempen tertentu

    Kenalkan servis baharu atau tawaran bermusim dengan satu pautan yang mudah dikongsi. Harga dan tempoh kempen mesti dinyatakan dengan jelas.

SKOP YANG PRAKTIKAL

Apa yang masuk
dalam halaman?

  • Pengenalan bisnes dan tawaran yang mudah difahami
  • Susunan servis, manfaat atau skop kerja daripada bahan anda
  • Gambar dan contoh kerja yang anda benarkan untuk digunakan
  • Butang WhatsApp pada tempat yang sesuai
  • Paparan responsif serta metadata dan SEO asas
  • Borang handoff WhatsApp dan tracking untuk pakej Ads

Pakej Basic merangkumi hingga lima seksyen standard. Seksyen tambahan, kandungan baharu dan fungsi di luar pakej perlu sebut harga.

PILIH STRUKTUR YANG BETUL

Landing page atau
website berbilang halaman?

KeperluanLanding pageWebsite statik
FokusSatu servis atau tawaranProfil dan beberapa servis
SusunanSatu halaman beraliranBeberapa halaman dengan navigasi
Sesuai untukKempen iklan dan pertanyaan khususRujukan maklumat bisnes yang lebih lengkap
KandunganRingkas dan fokusLebih ruang untuk topik yang berbeza
Ketahui tentang website statik

PAKEJ & HARGA

Basic untuk mula.
Ads untuk kempen.

Bandingkan skop penuh sebelum memilih. Jika anda perlukan maklumat bisnes pada beberapa halaman, pakej Business juga tersedia.

01Mula dengan satu halaman

Landing Page Basic

Satu halaman yang susun maklumat bisnes anda dengan jelas.

RM250

/ projek

Harga standard · bayaran projek sekali

Pilih Basic
  • Satu halaman, hingga 5 seksyen standard
  • Paparan responsif untuk telefon & desktop
  • Butang WhatsApp
  • Kandungan dibekalkan oleh pelanggan
  • 1 pusingan pindaan
  • Metadata & tetapan SEO asas
Lihat contoh struktur pakej
03Untuk kempen iklan

Ads Landing Page

Halaman fokus untuk tawaran dan pertanyaan daripada kempen iklan.

RM750

/ projek

Harga standard · bayaran projek sekali

Pilih Ads
  • Reka bentuk berfokus pada pertanyaan
  • Susunan CTA yang jelas
  • Borang pertanyaan dengan handoff WhatsApp
  • Struktur halaman mesra kempen iklan
  • Integrasi analitik & event penukaran
  • 2 pusingan pindaan
Lihat contoh struktur pakej

Domain, belanja iklan dan caj pihak ketiga tidak termasuk. Semak tambahan dan pengecualian.

CARA TEMPAH

Dari bahan anda
ke halaman yang siap.

  1. 01

    Ceritakan keperluan

    Kongsi servis, sasaran dan pakej pilihan. Kami sahkan skop, sebut harga dan jadual.

  2. 02

    Hantar bahan

    Sediakan kandungan, logo dan gambar. Semak reka bentuk dan beri maklum balas dalam pusingan pindaan pakej.

  3. 03

    Semak & terbitkan

    Kita semak paparan, maklumat dan pautan sebelum penerbitan mengikut persetujuan projek.

SOALAN BIASA

Yang selalu
ditanya dahulu.

01Saya belum ada website. Boleh terus buat landing page?

Boleh. Satu landing page boleh menjadi website pertama anda. Sediakan nama bisnes, servis atau tawaran, gambar yang anda berhak guna dan nombor WhatsApp. Domain serta cara penerbitan akan dibincangkan dalam sebut harga.

02Pakej Basic atau Ads yang lebih sesuai?

Basic sesuai untuk penerangan ringkas dan pertanyaan WhatsApp. Ads sesuai apabila anda perlukan susunan tawaran untuk kempen, borang pertanyaan dengan handoff WhatsApp serta integrasi analitik dan event. Tetapan tracking bergantung pada ID akaun yang anda bekalkan dan pilihan persetujuan pelawat.

03Adakah landing page menjamin lebih banyak pelanggan?

Tiada jaminan jumlah lead atau jualan. Hasil bergantung pada tawaran, sasaran iklan, trafik, bajet dan cara anda menjawab pertanyaan. Kami fokus pada penerangan yang jelas, paparan mudah guna dan laluan pertanyaan yang senang.

04Siapa yang sediakan ayat dan gambar?

Anda bekalkan kandungan, logo dan gambar yang telah mendapat kebenaran penggunaan. Kami susun bahan mengikut skop pakej. Penulisan baharu, terjemahan dan fotografi perlu dibincangkan sebagai kerja tambahan.

05Boleh pasang Meta Pixel atau Google Analytics?

Boleh untuk pakej Ads. Anda bekalkan ID yang sah dan akses yang diperlukan. Tracking bukan keperluan akan mengikut persetujuan pelawat. Integrasi merekod tindakan yang berlaku; klik WhatsApp tidak akan dilaporkan sebagai jualan atau lead yang telah selesai.

06Berapa lama untuk siap?

Tarikh mula dan sasaran siap disahkan dalam sebut harga selepas skop serta bahan diperiksa. Kelengkapan kandungan, maklum balas dan perubahan skop mempengaruhi jadual. Kami tidak menjanjikan tempoh tetap sebelum menyemak keperluan anda.

DAH ADA TAWARAN DALAM FIKIRAN?

Jom susun jadi
landing page.

Ceritakan servis andaIsi ringkasan keperluan

Anda boleh menukar pilihan pada bila-bila masa melalui footer.

Klik WhatsApp membuka perkhidmatan luar dengan dasar privasinya sendiri.